My Add

Saturday, 22 March 2014

Pengalaman pembangkang sangat sedikit tadbir negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Pengalaman pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia adalah sangat sedikit dan adalah berisiko sekiranya rakyat memilih mereka sebagai pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang sudah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dalam mengurus negara sejak merdeka pada 1957.

"Saya sendiri sudah 40 tahun dalam kerajaan, jauh lebih berpengalaman daripada Anwar. Dia cuma sekejap tadbir negara. Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun begitu. Lim Kit Siang mungkin tiada langsung," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment