My Add

Saturday, 15 March 2014

PM Singapura hantar utusan kepada Najib, PM China

SINGAPURA, SABTU, 15 Mac, 2014: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menghantar utusan kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Le Keqiang dari China dengan menyatakan hubungan solidariti serta menawarkan sokongan berikutan kehilangan pesawat MH370.

"Selepas kehilangan penerbangan MH370 selama seminggu, ini membimbangkan. Keluarga penumpang dan anak kapal mesti tertekan dengan kebimbangan dan kesedihan," katanya dalam kiriman Facebooknya, Jumaat.

Hsien Loong berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan kehilangan pesawat itu sejak Sabtu lepas.

Beliau berkata, kapal laut dan pesawat dari republik itu menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat tersebut.

"Pesawat peronda maritim Fokker-50, iaitu pesawat tambahan telah kami hantar hari ini untuk membantu misi SAR di Selat Melaka," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment