Polis jalankan siasatan punca tragedi MH370
KUALA LUMPR, SELASA, 25 Mac, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi.
Perdana Menteri berkata, walaupun misi menjejaki pesawat berkenaan dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan negara-negara luar, namun siasatan punca kejadian perlu dilakukan oleh polis.
Beliau berkata, kejadian berkenaan merupakan satu tragedi amat besar dan menyayat hati rakyat negara ini dan seluruh dunia.
''Kita tidak mungkin dapat jawapan yang tuntas melainkan dapat menemui kotak hitam.
''Tetapi siasatan-siaaatan lain perlu dilakukan kerana keluarga mangsa pesawat mahu kepada jawapan dan mereka mahu segera,'' katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-207 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment