My Add

Sunday, 16 March 2014

Sistem pengambilan pekerja asing distruktur semula

BAGAN DATOH, SABTU, 15 Mac, 2014: Sistem pengambilan pekerja asing sedia ada melalui Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) akan distruktur semula bagi memberikan kemudahan kepada majikan di negara ini mendapat pekerja asing dalam masa lebih singkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini pengambilan pekerja asing dilakukan melalui tiga pihak iaitu 'One Stop Centre' yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi, bahagian mengambilan pekerja asing Kementerian Dalam Negeri dan bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.

Katanya, selain proses permohonan yang lebih panjang dan sukar mendapatkan pekerja asing, sistem sedia ada itu menyebabkan majikan juga terpaksa membayar harga yang mahal.

``Oleh itu, menerusi pengstrukturan semula ini, permohonan tidak lagi akan dibuat melalui agensi pekerja asing sebaliknya majikan akan diminta terus membuat permohonan melalui online kepada satu agensi yang akan ditentukan oleh jawatankuasa khas mengenai pekerja asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

``Dengan cara itu kita akan dapat melihat sistem pengambilan pekerja asing di negara ini lebih teratur, cepat dan mudah,'' katanya dalam sidang akhbar selepas majlis gotong-royong membaik pulih rumah warga emas, Marpongah Yasir, 80, di Kampung Parit 21, Hutan Melintang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment