Skim Pembiayaan Teknologi Hijau manfaat 124 projek
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA KINABALU, AHAD, 02 Mac, 2014; Sejak diperkenalkan pada 2010, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) telah memanfaatkan 124 projek berasaskan Teknologi Hijau yang diusahakan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dengan jumlah pembiayaan pinjaman mudah sebanyak RM1.66 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM3.5 bilion yang disediakan kerajaan.
Katanya, sebanyak 1,729 pekerjaan telah dapat diwujudkan melalui pelaksanaan projek-projek tersebut.
"Masih ada baki dana sebanyak RM 1.84 bilion, saya menyeru pihak industri khasnya, IKS untuk merebut peluang bantuan kewangan yang sedia ada ini," katanya semasa melancarkan Yayasan Hijau di sini hari ini - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment