My Add

Saturday, 1 March 2014

Taib Mahmud angkat sumpah TYT Sarawak

KUCHING, JUMAAT, 01 Mac, 2014: Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh dalam majlis pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Majlis berkenaan dibuat di hadapan Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada pukul 11 pagi.

Abdul Taib, 78, menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri daripada Yang di-Pertuan Agong semalam, bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment