My Add

Saturday, 22 March 2014

Tindakan tegas pihak cuba cetus kekacauan PRK Kajang - Polis

SHAH ALAM, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan te gas terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan melampau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Ahad ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan keadaan sedemikian pada bila-bila masa.

Menurutnya, polis ada menerima maklumat tentang cubaan untuk melakukan kekacauan oleh pihak tertentu menjelang PRK DUN Kajang.

“Polis sedia maklum tentang perancangan yang kini tersebar luas melalui pelbagai saluran.

“Dalam hal ini, sama ada benar atau sebaliknya, polis telah pun mengatur langkah berjaga-jaga sekiranya timbul masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

“Semua penugasan yang melibatkan semua elemen telah diatur sejak semalam dan akan dige rak apabila perlu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment