My Add

Saturday, 15 March 2014

Tumpuan pencarian MH370 kini di dua koridor

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Mac, 2014: Pesawat MH370 yang memasuki hari kelapan hilang sejak 8 Mac lalu disahkan telah berpatah balik dengan Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan secara sengaja sebelum menghampiri pantai timur Semenanjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang akhbar khas di Hotel Sama Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini itu, Najib berkata, komunikasi terakhir antara MH370 dan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi, Sabtu lalu.

"Transponder dimatikan ketika pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.

"Justeru, berikutan perkembangan siasatan terbaharu ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan.

"Tumpuan pencarian MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi," kata beliau.

Tumpuan siasatan kehilangan MH370 kini, kata Najib, adalah ke atas penumpang dan anak kapal pesawat.- UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment