My Add

Wednesday, 28 September 2011

Ahli politik bukan penentu sejarah


“SEJARAH yang menentukan kepentingannya, bukan ahli politik menentukan kepentingan sejarah.”

Itulah penegasan dibuat Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar (gambar) sebagai ahli panel wacana.

Mohamad berkata, setiap negara perlu ada sejarah yang seharusnya menjadi teras atau acuan dalam pembentukan negara bangsa, namun perkembangan demokrasi dan globalisasi memainkan peranan dalam mengubah sejarah.

“Demokrasi mewujudkan banyak tuntutan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata, jika semua pihak setuju sejarah diguna pakai sekarang adalah benar-benar tepat, ianya sesuatu yang sangat baik tetapi jika masih terdapat kekaburan, perbezaan pendapat itu perlu dikaji kerana acuan sejarah boleh berubah dengan kewujudan faktor-faktor baru.

“Apa yang telah ada, yang telah berlaku, faktanya memang tidak dapat diubah dan kita mengakui serta menerima sejarah dan pemantapan sejarah dari semasa ke semasa,” katanya.

Mohamad juga menegaskan perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan berkumpulan, dan bukan hanya sesetengah pihak. - Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment