My Add

Wednesday 28 September 2011

PRU 13: Ulamak Pas bersiap untuk gempur UMNO?

Harakahdaily melaporkan, Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Khairuddin Razali menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur UMNO/BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke- 13 nanti.

Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT.

Dr Khairuddin menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak Pelapis PAS yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini.

“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja,” tegas beliau.

“Insya Allah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak Pas Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan,”tambah beliau.

Menurutnya, buku manual itu akan mendedahkan bagaimana UMNO gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang.



No comments:

Post a Comment