My Add

Tuesday 27 September 2011

Isu Hudud hanya untuk tarik sokongan pengundi - Pak Lah

ISU pelaksanaan hudud yang dibangkitkan PAS baru-baru ini dilihat sebagai usaha parti itu menarik perhatian dan sokongan rakyat, memandangkan pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia kerana, bukan sahaja pelaksanaan hudud, bahkan Pas sudahpun tidak mengambil peduli tentang penubuhan negara Islam sejak ia ‘berkawan’ dengan DAP.

"Saya tak hairan kalau selepas pilihan raya perkara itu dilupakan, oleh sebab apa-apa perjanjian sesama mereka. Dan orang pun tahu ini macam cakap saja, tak serius, hanya sekadar untuk mendapat perhatian dan sokongan daripada pengundi-pengundi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku mewah “Monsoon Cup 2010 The Memories”, di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment