My Add

Wednesday, 28 September 2011

Shafie Apdal: Islam bukan untuk kepentingan politi

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak memanipulasikan Islam demi kepentingan politik mereka.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan selalunya berlaku menjelang musim pilihan raya.

"Apabila semakin dekat dengan pilihan raya timbul pelbagai perkara seperti soal hukum hudud. Kalau tidak ada pilihan raya, hukum hudud tidak timbul. Kita dapat lihat dengan jelas perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Shafie turut bersetuju dengan titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang memberi peringatan dan menegaskan Islam tidak seharusnya dijadikan alat untuk meraih pengaruh atau kuasa sehingga menyentuh akidah.

"Ini penting supaya tidak ada pihak yang bertelingkah atau berbalah kerana berbeza pendapat,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment