My Add

Wednesday, 28 September 2011

Hudud: Soi Lek desak pembangkang nyata pendirian

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendesak pakatan pembangkang supaya menyatakan pendirian sama ada hukum hudud akan dilaksanakan atau tidak jika mereka berjaya membentuk kerajaan.


Beliau berkata, mereka perlu membuat penjelasan kerana rakyat berhak mengetahuinya.

"Apabila timbul sesuatu isu mereka tidak selesaikan dengan segera atau menyatakan sebarang pendirian. Mengenai isu hudud mereka fikir ia boleh diselesaikan dengan arahan tutup mulut.

"Kita ada hak untuk tahu pendirian mereka,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang yang kononnya menekankan prinsip ketelusan dan kebebasan maklumat selama ini, seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menyatakan pendirian mengenai isu itu. — Bernama

No comments:

Post a Comment