My Add

Wednesday 28 September 2011

JAIS tegas keputusan tak keluarkan tauliah kepada ahli politik

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tegas dengan keputusannya tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang mahu berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri itu.

Pengarahnya Marzuki Hussin berkata, JAIS tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.

Tindakan untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik itu adalah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik, katanya kepada pemberita, di Shah Alam hari ini.

"Mereka (ahli politik) boleh memohon tetapi jawatankuasa tauliah akan mempertimbangkan mengikut peraturan sedia ada sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku.

"Popular tidak popular tidak timbul sebab sesiapa yang memohon tauliah kita akan ikut peraturan biasa,” katanya yang ditemui pada Majlis Aidilfitri di Bangunan Sultan Idris Shah. - Bernama







No comments:

Post a Comment