My Add

Sunday 25 September 2011

Karpal Singh tidak faham sikap Nik Aziz

TIDAK sampai 24 jam selepas mengeluarkan kanyataan mengkritikm
Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan Hudud di Kelanta,


Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu

Justeru, beliau berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Pas dan menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan segera.

Menurut Karpal, Muktamar Agung Pas Ke-57 baru-baru ini menggugurkan agenda pembentukan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

"Kami ingat agenda itu telah terhapus. Rakyat juga bergembira dengan langkah Pas itu. Namun secara tiba-tiba (timbul balik soal hudud). Saya tak faham kenapa Nik Aziz boleh berikan kenyataan sebegitu... Mungkin dia orang tua yang mahu mencari perhatian," katanya.

Semalam dalam satu kenyataan, Karpal juga menegur Nik Aziz yang menyatakan DAP boleh meninggalkan pakatan pembangkang jika mereka tidak bersetuju dengan agenda negara Islam.

"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.

Karpal mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak terlepas daripada kritikan Karpal pada sidang akhbar hari ini yang menyelar Ketua Pembangkang itu kerana menganggap sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud sebagai pandangan peribadi.

Menurut pemimpin veteran itu, mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tertinggi tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar pandangan peribadi.

"Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi. Apabila anda pimpinan atasan, pandangan anda akan ditafsirkan sebagai kenyataan rasmi parti," katanya. - Utusan..

No comments:

Post a Comment