My Add

Wednesday 28 September 2011

Sultan Selangor akan titah mengenai pemeriksaan gereja

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijadual memberi titah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama bulan lepas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor menyatakan perkenan memberikan titah mengenai nasihat dan pandangan terhadap isu itu dalam “dua tiga hari lagi" ketika beliau mengadap Baginda pagi tadi.

"Kerajaan negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukan oleh Baginda selaku Ketua Agama negeri,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Shah Alam.

"Tuanku bersetuju untuk memberikan titah yang awal supaya tidak payah terlalu ramai orang berbincang mengenai perkara ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment