My Add

Monday, 26 September 2011

Ahmad Jais dipindah ke ICU, paru-paru masih lemah

PENYANYI irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tengah malam tadi kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, berkata, buat masa ini, bapanya diberikan alat bantuan pernafasan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya yang masih lemah.

“Selepas malam tadi, keadaan ayah dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan dia banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, semalam.

Ahmad Jais dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) awal pagi kelmarin akibat sesak nafas.

Pada 8 September lalu, dia mengadu penat selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat dan sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dengan mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun, Ahmad Jais dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.
Ahmad Jais mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an dengan antara lagu popularnya Di Ambang Sore selain Juwitaku Sayang serta Budi Setahun Segunung Intan. - Utusan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment