My Add

Thursday, 29 September 2011

Dakwaan Zaini Hassan satu pujian - Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.


Ketua Pembangkang itu yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan 'kekuatan' dirinya.

Beliau yang mendakwa tidak membaca akhbar arus perdana itu memberikan reaksi sedemikian apabila disoal oleh seorang wartawan portal berita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Anwar sebelum itu memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zaini yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan dalam ruangannya, Cuit hari ini menulis rencana yang bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?'.

Dalam tulisannya, Zaini antara lain menyatakan ada menerima maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang Anwar.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

No comments:

Post a Comment