TINDAKAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-burukkan negeri ini kerana beliau cemburu dengan keupayaan Johor menarik banyak syarikat multinasional Singapura melabur di Iskandar Malaysia.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana sebaik sahaja Iskandar Malaysia dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai ahli perniagaan dari republik itu melabur di koridor ekonomi tersebut.
Malah, sebelum kewujudan Iskandar Malaysia, ramai pelabur dari negara jiran itu telah melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kulaijaya dan Senai.
"Ini sebenarnya yang dicemburui oleh Guan Eng dan bagi saya tindakannya itu berniat sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab serta tidak bersikap kolektif.
"Sepatutnya sebagai Ketua Menteri, dia tidak boleh bertindak sebagai pembangkang dalam menarik para pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Malaysia," katanya diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pengurusan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Johor di Johor Bahru, malam tadi.
Mohd. Puad, Ahli Parlimen Batu Pahat menegaskan, kedatangan dan kepercayaan pelabur asing itu menunjukkan Johor merupakan negeri yang selamat bukan sahaja bagi aktiviti pelaburan, malah untuk bercuti dan membeli-belah.
Beliau berkata, sepatutnya selaku pemimpin, Guan Eng wajar keluar daripada kotak pemikiran kepompong lama.
"Macam kita (kerajaan Persekutuan) apa juga dasar yang dilaksanakan semuanya jelas dan telus, terutamanya dalam usaha menarik para pelabur dan tidak pernah sekali-kali negeri-negeri dibawah pembangkang," katanya.
Misi serampang dua mata
Di KUALA LUMPUR, Sopian Baharom melaporkan kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang menyifatkan tindakan Lim Guan Eng memburukkan-burukkan Johor sebagai misi serampang dua mata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang terdesak mahu memperbaiki imejnya setelah indeks pelaburan langsung asing (FDI) di negeri itu merudum tahun ini.
Menurutnya, dalam masa yang sama, tindakan Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai meneruskan misi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memperlekehkan polis.
Razali berkata, Guan Eng hanya seorang pemimpin ‘berjiwa kecil’ yang sentiasa dibelenggu fahaman politik kepartian sehingga mengetepikan soal kemakmuran nasional dan imej negara sendiri.
“Dia (Guan Eng) hanya hendak bawa Pulau Pinang bersaing dengan negeri-negeri lain walhal di bawah program transformasi Barisan Nasional (BN), kita mahu menjadikan Malaysia secara keseluruhannya kompetitif untuk bersaing di dunia.
“Realitinya, Pulau Pinang tidak boleh berdiri sendiri. Pulau Pinang tidak akan berjaya tanpa bantuan negeri lain. Negeri tersebut hanya satu pelabuhan atau pintu masuk yang disediakan kerajaan Pusat dan telah menjadi kondusif kepada pelabur.
“Kemudahan infrastruktur yang dibina di dalam negara kita menyebabkan faedah ini dinikmati negeri-negeri. Justeru, saya mahu menyatakan kepada Guan Eng bahawa pesaing kepada Johor adalah Singapura, bukannya Pulau Pinang,” katanya, semalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kelmarin mendedahkan, pelaburan langsung asing (FDI) Pulau Pinang merudum tahun ini kepada RM4.6 bilion daripada RM12.2 bilion tahun lalu.
Razali, Ahli Parlimen Muar menambah, DAP sememangnya gemar merendahkan kemampuan polis, mengganggu-gugat ketenteraman awam dan tidak mahu menerima hakikat bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya mengurangkan kadar jenayah kerana khuatir kekeringan modal menjelang pilihan raya.
“Sebagai rakyat Johor, saya terguris kerana di Johor rupa-rupanya sudah tidak boleh berjalan, takut diculik. Saya kagum bagaimana penjenayah boleh t
Johor kekal destinasi pelaburan terpenting - Ghani Othman
Di JOHOR BAHRU, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor kekal menjadi salah sebuah destinasi pelaburan terpenting di negara ini meskipun pelbagai tohmahan tidak berasas dilemparkan terhadap negeri ini.
katanya,, sejak beberapa tahun lalu sejumlah besar pelaburan telah berjaya diperoleh dan ada antaranya sedang rancak dibangunkan.
"Johor kekal sebagai salah satu lokasi tumpuan pelabur asing. Malah ada orang dari Pulau Pinang datang ke sini untuk menjalankan perniagaan dan bekerja.
"Kita tidak memerlukan persaingan tidak sihat seperti ini," katanya ketika d mengulas temu bual Guan Eng dengan media asing di Singapura baru-baru ini yang mendakwa rakyat negara itu berkemungkinan diculik sekiranya berurusan di Johor.
Abdul Ghanit meminta rakyat negara ini untuk menilai sendiri kepimpinan Guan Eng.mahu mana satu oramg Johor atau Singapura.
'Haramkan Guan Eng masuk Johor'
Di PULAU PINANG, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.
Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.
Mohamed Razali juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.
"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor.
"Saya yakin dia (Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul," katanya kepada Utusan Malaysia.
Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Mutiara itu.
No comments:
Post a Comment