My Add

Sunday 25 September 2011

Pengerusi MCA Kedah sedia lepas semua jawatan parti

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, beliau sudah bersedia melepaskan semua jawatan parti dan memberi laluan kepada muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.
.
"Saya sudah maklumkan hasrat saya ini kepada presiden parti kira-kira sebulan lepas. Bagaimanapun sekiranya presiden menganggap perkhidmatan saya masih diperlukan parti, saya akan terus berkhidmat.

"Namun saya fikir lebih baik beri laluan kepada muka baru mewakili MCA pada pilihan raya akan datang, yang baik untuk jangka masa panjang parti dan Barisan Nasional (BN),” katanya, kepada Bernama semasa ditemui di Alor Setar.

Chong, 62, berkata keputusannya bukan kerana masalah kesihatan tetapi setelah lebih 35 tahun berkecimpung dalam dunia politik beliau ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara namun akan terus memberi sumbangan kepada parti.

Mengenai PRU-13, beliau berkata parti sedaya upaya berusaha menarik sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Kita membuat persediaan dengan menggerakan jentera pilihan raya di kawasan tumpuan lebih setahun lepas kerana menyedari bukan senang untuk menawan balik pengundi Cina yang beralih sokongan kepada pembangkang.

"Saya yakin pendekatan yang digunakan MCA dengan menemui pengundi secara terus serta kerjasama mantap semua anggota komponen BN, kita yakin dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jatuh kepada pembangkang,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment