My Add

Monday, 26 September 2011

Kelantan tetap laksana hukum Hudud - Nik Aziz

Nik Aziz melawat tapak pameran sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

WALAUPU pelaksanaan hukum Hudud ditentang keras oleh DAP, namun ia ternyata tidak dipedulikan oleh Pas.

Ia terbukti apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, negeri itu kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.

“Usaha kami sekarang ini ialah nak memasukkan hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah di Kelantan
.
“Kami hanya nak memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah-mahkamah boleh menggunakan akta ini, bila kes berlaku di mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie ke tak ada, kalau ada prima facie ada peguam bela peguam cara tak ada apa,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu, semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi.

Langkah kerajaan Kelantan itu dijangka menghangatkan lagi ‘pertelingkahan’ dengan DAP yang melalui Pengerusinya, Karpal Singah menentang pelaksanaan hukum Hudud.

Walaupun Karpal semalam menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘orang tua yang mahukan perhatian’, namun ketika meminta mengulas kenyataan berkenaan Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan beliau ‘menghormati pandangan Karpal sebagai orang tua yang telah lama berkecimpung dalam perundangan dan tidak timbul sebarang perbalahan’.

Bagaimanapun jelas Nik Abdul Aziz, tidak sepatutnya timbul salah faham di kalangan parti pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum Hudud.

Mengulas lanjut kenyataan Karpal itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berasa apa-apa walaupun Pengerusi DAP tersebut turut menyentuh soal peribadinya.

Beliau sebaliknya menjelaskan, adalah lebih baik negara ini menerima hukum hudud berbanding melaksanakan hukuman mandatori gantung sampai mati bagi kesalahan seperti dadah dan senjata api.

Ini kerana kata beliau ia menyebabkan keluarga individu terbabit merana disebabkan tiada tempat hendak bergantung hidup.

“Hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia, kenapa dia sibuk sangat, sibuk kerana macam saya kata tadilah, orang takut ke hudud macam takut ke hantu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat pakatan pembangkang dijadual Rabu ini, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau kini dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu sama ada akan hadir atau sebaliknya. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment