TIDAK bertanggungjawab dan berfikiran sempit! Itu disifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenyataannya yang mengklasifikasikan Johor sebagai negeri penuh jenayah dan tidak selamat bagi pelabur asing.
Abdul Ghani turut menganggap Guan Eng cemburukan kejayaan Johor dan sebenarnya cuba menarik pelaburan asing ke negeri yang diterajuinya dengan cara yang tidak berhemah.
Ayat yang digunakan seolah-olah beliau cemburu dan tidak bertujuan baik apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian di luar negara sekali gus memburukkan imej Johor dan Malaysia Kita tahu Guan Eng dan ayahnya, Lim Kit Siang berkuhjungmke sini (Johor}. Tak pernah pun kena Culik. Ini hanya kenyataan ikut sedap mulut dan bermentsliti sempit, katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah masjid Bukit Indah di Taman Bukit Indah di Johor Bahru.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu temuramah oleh sebuah stesen radio di Austalia dilaporkanberkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pianang.
Sambil menyelar kenyataan itu, Abdul Ghani berkata, yuduhan Guan Eng itu tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yan g terkawal.
Dakwaan Guan Eng bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.
Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan, katanya.
Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia dan Johor khususnya menilai kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng dan tidak terpengaruh dengan cubaannya untuk memburukkan imej negeri. - Berita Harian.
No comments:
Post a Comment