My Add

Wednesday, 28 September 2011

Pertubuhan haram: Bersih 2.0 dibenarkan semak perintah

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.


Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 27 November untuk mendengar merit permohonan tersebut.

Permohonan itu difailkan oleh 14 AJK Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama, diikuti Ketua Polis Negara & Kerajaan Malaysia.

Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan. - Utusan

No comments:

Post a Comment