ISU hukum Hudud terus memuncak macam pisang goreng panas.
Kini, Datuk Nik Aziz Nik Mat muncul kembali sebagai sasaran kecaman dan sokongan dari berbagai pihak, terutama pemimpin parti-parti politik.
Mursyidul Am Pas itu berhapan dengan keadaan demikian, kerana pendiriannya tetap bertegas dan berkeras mahu melaksanakan hukum itu di Kelantan.
Mursyidul Am Pas itu berhapan dengan keadaan demikian, kerana pendiriannya tetap bertegas dan berkeras mahu melaksanakan hukum itu di Kelantan.
Perkembangan ini, mencetuskan perbalahan memuncak dan serius antara Pas dan DAP, sekutu pakatan pembangkang.
Susulannya, pakatan rakyat terpaksa bermesyuarat Rabu ini untuk mencari kata sepakat antara mereka berhubung isu tersebut.
Susulannya, pakatan rakyat terpaksa bermesyuarat Rabu ini untuk mencari kata sepakat antara mereka berhubung isu tersebut.
Sehingga Rabu ini, pemimpin parti yang bernaung dalam pakatan rakyat dilarah tutup mulut, jangan mengulas isu tersebut.
Pertelagahan antara Pas dan DAP berkaitan isu itu telah mendedahkan pembohongan pakatan pembangkang bahawa mereka boleh bersatu dan berkerjasama untuk membentuk sebuah kerajaan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpendapat, Pas dan DAP sudah tidak dapat menutup kelemahan sendiri apabila mulai menunjukkan sikap dan pendirian yang tidak sepakat dalam isu itu.
Katanya, mereka (Pas dan DAP) mula bersandiwara, menjadikan pihak lain, termasuk akhbar Utusan Malaysia, sebagai kambing hitam bagi menutup kelemahan yang sebenarnya sudahpun terdedah.
DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengugut bahawa pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan undang- undang Islam itu.
Mohd. Puad berkata, pertelingkahan mengenai pelaksanaan hukum terbut juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang terutama Pas dan DAP sememangnya mempunyai masalah untuk bekerjasama.
Pas sendiri pula dicabar 'berceri' dengan DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan matlamat menjadi Malaysia negara Islam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berharap Pas tidak tunduk ugutan itu.
"Kenapa Pas perlu takut ugutan DAP jika mereka mahu laksanakan undang-undang Hudud.
"Apa yang jelas kita lihat, DAP menentang agenda Pas dan ini bermakna tidak wujud kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.
"Apa yang jelas kita lihat, DAP menentang agenda Pas dan ini bermakna tidak wujud kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.
"Justeru, jika Pas ada prinsip serta maruah, mereka sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang, bukannya tunduk kepada ugutan DAP," katanya.
Noh, Ahli Parlimen Tanjong Karang bagaimanapun yakin Pas tetap akan tunduk kepada ugutan DAP dan melupakan hasratnya untuk melaksanakan hukum itu di Kelantan.
Katanya, mengambil contoh di Selangor, Pas sebenarnya amat bergantung kepada DAP untuk membolehkan parti itu terus menjadi kerajaan negeri pada hari ini.
"Pas, DAP dan PKR masing-masing bergantung kepada kerusi yang dimenangi mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri kerana tiga parti pembangkang ini masing-masing tidak mempunyai kerusi majoriti.
"Saya yakin Pas akan tunduk juga kepada ugutan DAP ini. Begitu juga dengan DAP yang bergantung harap kepada Pas untuk membolehkan mereka berkuasa," ujarnya
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon tidak yakin pemimpin-pemimpin kanan DAP akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika hukum hudud dilaksanan di negara ini.
Dr. Hang Soon yang juga Ketua Pemuda MCA negeri berkata, kenyataan Lim Guan Eng mungkin sekadar kenyataan politik dan bukannya benar-benar dimaksudkannya.
''Pada saya, kita perlu tengok betul-betul kenyataan tersebut.
''Kita akan perhatikan sama ada DAP akan buat seperti apa yang dikatakan atau sekadar kenyataan politik sahaja," katanya
Sambil itu, Puteri UMNO mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pendiriannya berhubung video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur dari China, sekali gus menjelaskan ketetapan sebenar parti itu dalam isu berkenaan.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sudah tiba masanya untuk Karpal berbuat demikian ekoran tersebarnya rakaman video terbaru yang didakwa memaparkan imej Anwar berjalan masuk dan keluar dari lif bersama rakannya, Datuk Shazryl Eskay.
Katanya, pendirian Karpal itu ditunggu orang ramai kerana beliau adalah seorang ahli politik dan seorang peguam terkemuka.
"Saya secara peribadi dan mewakili Puteri UMNO mencabar Karpal untuk tampil menyatakan pendiriannya berhubung kes Anwar dan adakah dia akan terus membela Ketua Pembangkang itu," katanya.
Menurutnya, Karpal perlu menjelaskan siapa Anwar sebenarnya dan kepentingannya kepada parti pembangkang yang kini sedang bergolak teruk.
Rosnah berkata, orang ramai sebenarnya masih tertanya-tanya tentang pendirian Karpal, setelah beliau pernah secara terbuka meminta Anwar meletakkan jawatan ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana salah laku seks pada tahun 1997.
T
No comments:
Post a Comment