My Add

Monday 26 September 2011

Pakatan Rakyat tolak ugutan keluar parti


Tiga pemimpin Pakatan menunjukkan laporan akhbar UMNO yang cuba memecahkan mereka di sidang medianya petang tadi di Pejabat Agung PAS


LAPORAN Utusan Malaysia hari ini (Isnin), mengatakan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya Pas dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum Hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh UMNO dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Harakahdaily memetik Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebagai berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada hari Rabu, 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, hukum Hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum Hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai Rabu ini.

Katanya, UMNO-BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka. 

Pada mesyuarat Rabu ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir. 

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustafa berkata,  kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan DUN Terengganu pada tahu1999. .
Untuk melaksanakan hukum Hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum Hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir. 

No comments:

Post a Comment