My Add

Thursday 29 September 2011

Tak jujur perjuang kebebasan bersuara - Chandra Muzaffar

TINDAKAN pembangkang mengarahkan pemimpin parti-parti dalam pakatan itu 'menutup mulut' berhubung isu pelaksanaan hukum Hudud menunjukkan mereka tidak jujur dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, pakatan pembangkang sejak dahulu lagi memang terkenal lantang bersuara mengutuk kerajaan berkaitan isu yang boleh menguntungkan mereka, namun bersikap sebaliknya dalam isu yang boleh menjejaskan mereka.

"Sebenarnya ini adalah sesuatu yang biasa dalam pakatan pembangkang. Mereka sebenarnya mempunyai pendirian yang berbeza mengikut parti.

"Arahan 'menutup mulut' dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh mengakibatkan percanggahan yang akan memperlihatkan bahawa tidak wujud persefahaman di dalam pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, senalam.i,

Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani berkata, pembangkang sering menyalahgunakan demokrasi dan kebebasan bersuara sebagai platform untuk menghentam orang lain.

"Sebagai rakyat kita harus berfikir dengan waras dan mengutamakan kerajaan yang mampu membela nasib kita, bukan sebuah kerajaan yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan mengelirukan rakyat," katanya.

Katanya, pembangkang mengamalkan kebebasan bersuara mengikut selera sendiri tanpa memikirkan kepentingan masyarakat.

Sementara itu, Muhamad Zaid Adnan melaporkan, Pas pusat dilihat s berada dalam dilema untuk mempertahankan cadangan Pas Kelantan bagi melaksanakan hukum Hudud di negeri itu, terutama jika mahu mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang lain

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali, tindakan Pas pusat itu menjadikan usaha Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud tidak konsisten walaupun mereka mendapat sokongan rakyat khasnya generasi muda.

“Saya berpendapat, Pas Kelantan tidak akan menghadapi masalah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana mereka serius mengenainya.

“Namun, ia akan memberi kesan kepada hubungan di antara parti-parti di dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Che Hamdan dalam pada itu berkata, Pas dan DAP tidak akan kekal dalam pakatan pembangkang kerana mereka sering berbeza fahaman dan pendapat khasnya dalam hal-hal yang menyentuh soal Islam.

“Walaupun sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya akan datang, mereka tetap akan berhadapan dengan masalah kerana Pas dan DAP bukan merupakan pasangan yang ideal.

“Justeru, jika DAP serius dengan kenyataan menentang cadangan Pas melaksanakan hukum hudud, mereka dipersilakan untuk keluar daripada pakatan pembangkang,” katanya.

Che Hamdan berkata, pihak pembangkang tidak boleh menyalahkan media dalam isu Hudud kerana ia dicetuskan sendiri oleh Pas Kelantan.

No comments:

Post a Comment