Tai Muk Lien, 25, dari Pondok Batang Asahan, Jasin, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, kelihatan sebak dan menangis teresak-esak ketika Majistret Ida Rahayu Sharif menjatuhkan hukuman tersebut.
Dia didakwa menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit di sebuah rumah di Pangsapuri Tun Sri Lanang di sini, pada kira-kira 2.30 petang, 2 Ogos lalu, mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tai diwakili peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Royalina Faudzi Jushua manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwani Ishak.
Terdahulu, Royalina meminta hukuman ringan kerana tertuduh sudah berkahwin dan insaf.
Nur Shazwani pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tindakan Tai yang pernah bekerja di sebuah hospital swasta di sini, tidak berperikemanusiaan. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment