My Add

Thursday 29 March 2012

Hamiza perlu serah bukti

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samad yang mendakwa aktiviti penyeludupan berleluasa di pintu sempadan Tawau diminta menyerahkan bukti kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar disiplin sehingga menjejaskan nama baik jabatan itu.

"Kita akan mengenakan tindakan tatatertib sekiranya benar penguat kuasa tersebut terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

"Kita sangat serius dalam menangani masalah ini. Justeru, kita minta beliau menyerahkan bukti yang ada untuk sama-sama mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment