KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Cadangan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak relevan dengan sistem pendidikan negara ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan PTPTN tidak akan dilakukan pada masa ini kerana kerajaan memerlukan peruntukan besar untuk menyediakan pendidikan percuma malah bakal menjejaskan sektor institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
"Kalau dia mahu hapuskan PTPTN, maknanya pendidikan di semua universiti awam harus diberikan secara percuma.
"Adakah dia tahu kesannya kepada sistem pendidikan negara kita?," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini hari ini. - UTUSAM
No comments:
Post a Comment