My Add

Thursday, 29 March 2012

Kondo, pangsapuri, flat tumpuan kegiatan jenayah

Oleh ANGELINA SINYANG

PETALING JAYA, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Kebanyakan penjenayah terutama sindiket pengedaran dadah kini didapati lebih gemar memilih bangunan kediaman tinggi untuk menjalankan kegiatan haram mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, bangunan kediaman seperti kondominium, pangsapuri dan flat sering menjadi sarang penjenayah kerana sikap segelintir penghuninya yang jarang mahu mengambil tahu tentang urusan jiran tetangga.

Beliau berkata, disebabkan keadaan itu, premis kediaman ini menjadi pilihan sindiket untuk mengedar dan membina mini makmal memproses dadah, menyimpan hasil barang-barang curi dan samun, tempat simpanan pelacur warga asing, operasi pusat perjudian dan jenayah komersial.

“Sepanjang tahun lalu, kita sudah membongkarkan lima mini makmal memproses dadah dan membuat 139 tangkapan terhadap pelbagai kesalahan berkaitan dengan dadah dalam kondominium.

“Semua kejayaan ini adalah hasil risikan polis sendiri kerana tiada penghuni tampil memberi maklumat walaupun mungkin mereka juga curiga terhadap kegiatan jiran sebelum itu,” katanya. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment