My Add

Thursday 29 March 2012

Skirt mini mungkin tidak dibenarkan di Indonesia

JAKARTA, KHAMIS, 29 Mac, 201: Pasukan petugas antipornografi Indonnesia akan mengambil tindakan terhadap wanita yang memakai skirt mini di atas paras lutut kerana menyifatkan pakaian sedemikian mempunyai unsur pornografi. 

Menteri Hal Ehwal Agama, yang juga pengerusi pasukan petugas itu Suryadharma Ali, berkata definisi itu akan digunapakai di semua wilayah di negara ini, tanpa mengira latar belakang budaya pemakainya.

"Kami belum menetapkan tarif standard mengenai pornografi yang akan dijadikan asas dalam menunaikan tangungjawab kami. Bagaimanapun, satu set kriteria universal perlu ada untuk menakrifkan sesuatu itu mempunyai unsur pornografi atau tidak dan antaranya ialah apabila seseorang wanita memakai skirt di atas paras lutut," kata Suryadharma yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment