My Add

Thursday 29 March 2012

Kursi Tun Hussein Onn dilancar

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) hari ini melancarkan Kursi Tun Hussein Onn bagi Kajian Antarabangsa dalam meneruskan inisiatif menjadikan negara ASEAN sebagai asas kepada dasar luar Malaysia.

Penubuhan kursi tersebut merupakan penghormatan kepada Allahyarham Tun Hussein Onn yang bukan sahaja Perdana Menteri ketiga negara, malah merupakan Pengerusi ISIS yang pertama pada April 1984.

Bagi meneruskan inisiatif yang telah dimulakan oleh Allahyarham, kursi tersebut akan membuat kajian polisi mengenai kepentingan Malaysia di dalam ASEAN, di samping penyelidikan mengenai hubungan antarabangsa yang berkait dengan kepentingan negara dan serantau.

Majlis perasmian kursi tersebut disempurnakan oleh anak bongsu Allahyarham, Datuk Harris Onn yang mewakili abangnya yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment