Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Seorang pemandu lori sampah dan seorang pekerja Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di tapak pembuangan sampah di Kemaman, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, polis percaya kedua-dua lelaki ini mempunyai maklumat lanjut yang boleh membantu siasatan kes itu.
“Polis percaya sampah yang dihantar di tapak pembuangan itu dipungut oleh sebuah lori MPK di sekitar Cukai, Kemaman.
“Bayi malang itu mungkin dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut iaitu sekitar pukul 3 petang.
“Bagaimanapun, sehingga kini kami masih belum menemui petunjuk yang tepat berhubung penemuan mayat bayi ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment