My Add

Thursday 29 March 2012

Mara sasar taja 128,800 pelajar

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, RABU, 28 Mac, 2012: Sebanyak 128,800 pelajar disasar mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Ahli Majlis Mara, Mohamad Saufi Deraman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 124,130 pelajar akan ditaja untuk menyambung pelajaran di dalam negara manakala 4,760 orang pula di luar negara.

"Jumlah berkenaan mengatasi jumlah tajaan Mara sepanjang RMK-9 iaitu seramai 118,308 pelajar iaitu 110,760 di dalam negara dan 7,548 di luar negara," katanya ketika merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2012 peringkat negeri di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari.

Menurutnya, tajaan yang diberikan itu adalah untuk memastikan setiap pelajar yang layak, mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment