My Add

Thursday 29 March 2012

Najib gesa lebih ramai rakyat Malaysia melabur di Myanmar


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Pengerusi Kesatuan Dewan Perniagaan dan Industri Myanmar, Win Aung pada mesyuarat percambahan minda dengan pemimpin perniagaan Myanmar sempena lawatan rasmi dua hari ke negara itu di Naypyitaw, hari ini. - Foto BERNAMA

NAYPYITAW (Myanmar), KHAMIS, 29 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta masyarakat Malaysia di Myanmar, yang kebanyakannya ahli perniagaan, membantu membawa masuk lebih ramai rakyat Malaysia ke negara ini, yang dijangka akan berkembang sebaik sahaja sekatan ke atasnya ditarik balik. 

Sebagai perintis perniagaan Malaysia di Myanmar, Najib berkata, pengalaman dan usaha mereka amat berguna bagi meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang strategik untuk merebut peluang di negara ini.

"Anda semua di sini adalah perintis, saya harap anda semua bersedia dan membuka pintu kepada lebih ramai masyarakat perniagaan Malaysia datang ke sini.

"Kita perlu meletakkan diri kita bahawa kita dalam kedudukan yang strategik untuk mengambil peluang dalam negara ini yang sedang dalam perjalanan ke arah liberalisasi, pembaharuan, progresif dan demokrasi," katanya semasa berucap di hadapan masyarakat Malaysia di Myanmar di sini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Myanmar, yang berakhir hari ini. 

Najib berkata beliau dapat merasai keikhlasan Presiden Myanmar, U Thein Sein untuk mengambil perjalanan itu, yang mana disifatkannya (Presiden) sebagai "yang tidak boleh dipulihkan". - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment