My Add

Thursday 29 March 2012

Tuanku Abdul Halim rasmi Masjid As-Syakirin di Tokai

ALOR SETAR, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini merasmikan Masjid As-Syakirin di pekan Tokai dekat sini. 

Seri Paduka Baginda turut menunaikan solat Zohor bersama rakyat, disusuli majlis jamuan di perkarangan masjid.

Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Menteri Besar Datuk, Seri Azizan Abdul Razak.

Masjid As-Syakirin yang terletak di tengah pekan Tokai dibina dengan peruntukan RM2.3 juta daripada Kerajaan Pusat dan RM400,000 daripada anak-anak kariah serta Jabatan Zakat negeri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment