My Add

Thursday, 29 March 2012

Apa lagi helah, dolak-dalik?

NAMPAKNYA pakatan pembangkang masih belum sepakat berhubung soal pembubaran Parlimen di negeri tadbirannya sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

Berdasarkan laporan Utusan Maalaysia hari ini, ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya menyebut pula isu utama pakatan pembangkang ketika ini adalah ketelusan pilihan raya.

Meurut Anwar, keputusan sama ada mahu membubarkan Parlimen adalah bergantung kepada kebebasan sistem pilihan raya negara ini. Isu utama yang dibincangkan ialah mengenai proses pilihan raya.

Baginya, itu adalah isu yang akan mempengaruhi keputusan terutama di negeri-negeri tadbiran kami.

Katanya, pilihan sama ada nak buat bersama-sama atau tidak, ia masih terbuka. Masih berbincang dengan negeri-negeri (pembangkang) mengenai perkara ini.

Anwar mengakui ada yang berpandangan pakatan pembankang patut adakan serentak dan ada yang tidak. Belum ada keputusan lagi.

Apa jua cakap Anwar, Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP telah bersetuju empat negeri dikuasai pembangkang tidak membubarkan Dewan Undaangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Ekoran keputusan yang diambil pada pertengahan tahun lalu itu, kepemimpinan Selangor dan Pulau Pinang sepakat menyatakan untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Tetapi Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan yang dibawa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu.

Nik Aziz mengakui tidak boleh menerima cadangan tersebut selain menyifatkannya sebagai tidak logik.

Kita tunggu apakah helah dan dolak dalik pakatan pembangkang selanjutnya!

No comments:

Post a Comment