My Add

Thursday, 29 March 2012

Sekretariat ASEAN pantau pilihan raya kecil Myanmar

JAKARTA, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Satu delegasi Sekretariat ASEAN yang diketuai Pengarah Perhubungan Luar, Dr. Mely C. Anthony berlepas ke Yangon pada Rabu untuk memantau pilihan raya kecil Myanmar pada 1 April.

Delegasi itu diiringi oleh petugas media dari Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai (Thai PBS), ASEAN Today/Metro TV dan Channel News Asia (CNA), menurut kenyataan Sekretariat itu.

"Mereka dijangka tiba di Yangon petang ini. Sekretariat ASEAN berterima kasih kepada Kerajaan Myanmar kerana memberi bantuan lojistik,” tambah kenyataan itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment