My Add

Thursday 29 March 2012

80 peratus kalangan rakyat lelaki jadi keldai dadah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus daripada kalangan rakyat Malaysia yang dikesan terbabit menjadi keldai dadah adalah terdiri daripada golongan lelaki.

Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Luar Neow Choo Seong, berkata laporan dari Bahagian Konsular Wisma Putra itu membuktikan bilangan lelaki adalah golongan tertinggi terbabit menjadi keldai dadah berbanding wanita iaitu hanya 20 peratus.

"Bila bercakap mengenai keldai dadah, tentu kita akan terbayangkan wanita selalunya yang akan jadi mangsa atas faktor terjerat dalam percintaan atau mengejar kemewahan.

"Tetapi sebenarnya lelaki juga tidak terkecuali dan golongan ini dikesan paling ramai terbabit," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Kesedaran Rakyat mengenai Keldai Dadah (SEDARLAH) di Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment