My Add

Thursday 29 March 2012

PPP tunggu isyarat Gerakan

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Parti Progresif Penduduk (PPP) masih menunggu isyarat daripada Gerakan berhubung kerusi pengganti yang sepatutnya diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Datuk M. Kayveas berkata, tindakan Gerakan melengah- lengahkan masa berhubung perkara itu boleh melemahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"PPP sudah kembalikan kerusi Parlimen Taiping secara rasmi kepada Gerakan namun setakat ini belum menerima sebarang maklum balas daripada parti itu berhubung kerusi penggantinya.

"Tindakan Gerakan melambatkan serta tidak membincangkan mengenai isu tersebut boleh mengganggu persefahaman di kalangan parti komponen di dalam BN," katanya di sini semalam. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment