My Add

Thursday 29 March 2012

Tidak boleh politikkan isu keselamatan negara - Dr Latiff

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Hal-hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kesan daripada elemen-elemen yang dipolitikkan itu secara tidak langsung telah mendedahkan rahsia keselamatan dan kesiapsiagaan negara kepada musuh yang tidak dikenali.

"Dulu kita tahu siapa musuh kita, dulu ada musuh tradisional tapi sekarang tidak ada lagi, hanya bukan ancaman tradisional.

"Oleh itu, dalam hal-hal bersangkut paut dengan keselamatan dan aset pertahanan tiada kompromi untuk dipolitikkan, yang lain boleh dipolitikkan tapi tidak keselamatan negara dan aset pertahanan kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengenai tahap kesiapsiagaan anggota keselamatan negara.

Mohamad juga membangkitkan soal keselamatan negara dan aset pertahanan negara yang cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Selain itu, Dr. Abdul Latiff berkata, anggota tentera termasuk tentera laut, tentera darat mahupun tentera udara turut berasa terkilan atau kecil hati sekiranya isu ini dipolitikkan kerana mereka telah mempersiapkan diri untuk menerima teknologi terkini dalam pertahanan negara.

"Pada masa yg sama, bila dipolitikkan, kecil hati anggota tentera kita tak kiralah tentera Laut, Darat, mahupun Udara dan setiap kali kerajaan membuat keputusan untuk memperolehi aset baru, mereka amat gembira kerana mereka telah dilatih dan dididik menjadi seorang anggota tentera yang profesional,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment