My Add

Thursday, 29 March 2012

Kes saman fitnah Anwar terhadap Ka Siong September

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 12 September ini untuk mendengar perbicaraan kes saman RM10 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang didakwanya telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Anwar, J. Leela dan Datuk Ben Chan yang mewakili Kas Siong, semasa pengurusan kes.

Pada 18 April 2008, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Ka Siong telah mengeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen di pilihan raya kecil Machap pada 2007.

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk “parti-parti pada kempen terakhir mereka” yang dimuatkan dalam laman web Malaysia Kini .

Anwar mendakwa perkataan fitnah oleh Ka Siong itu adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment