My Add

Thursday 29 March 2012

Tuanku Muhriz Canselor Universiti As-Sofa

TUANKU Muhriz berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti As-Sofa yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki di Istana Hinggap, Seremban, semalam.

SEREMBAN, RABU, 28 Mac, 2012: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti As-Sofa (UAS) di sini hari ini.

Watikah berkenaan dipersembahkan oleh Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki kepada Tuanku Muhriz dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, di sini.

Hadir sama Penasihat Yayasan Sofa, Datuk Yahya Jalil dan Datuk Mohd. Shukor Sabudin serta Naib Canselor UAS, Dr. Yusri Mohamad dan pegawai universiti.

Menurut Yusri, berdasarkan dokumen watikah pelantikan itu, ia memberi kuasa kepada Tuanku Muhriz untuk mempengerusikan Konvokesyen UAS di samping melaksanakan apa-apa kewajipan lain seperti mana yang diperuntukkan dalam perlembagaan universiti ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment