My Add

Thursday, 29 March 2012

Kerajaan akan wujudkan Majlis Pekerja Sosial

PUTRAJAYA, RABU, 28 Mac, 2012: Kerajaan akan mewujudkan Majlis Pekerja Sosial Malaysia sebagai usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat terutama golongan yang memerlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, di bawah majlis tersebut semua pekerja sosial akan didaftarkan bagi mengawal selia kelayakan mereka dan memantapkan lagi profesion kerja sosial serta penyampaian perkhidmatan sosial di negara ini.

Menurutnya, ia sejajar dengan intervensi dan penyelesaian masalah sosial yang semakin kompleks, keperluan menyediakan tenaga kerja profesional berpengetahuan dan kompeten penting dalam bidang kerja sosial.

Katanya, pekerja sosial adalah bidang profesional yang memerlukan kepakaran kerana mereka berdepan dengan golongan memerlukan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment