KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Mac, 2012: Seminar pemantapan akidah anjuran Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Pelajaran negeri itu Sabtu ini tidak bertujuan menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seminar tersebut adalah untuk menjaga kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.
“Tanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam diletakkan di bawah tanggungjawab majlis-majlis agama Islam negeri dan pelbagai program diatur bagi tujuan tersebut.
“Saya percaya penganjur seminar berkenaan telah mengambil kira tentang semua aspek dan tidak berniat untuk menimbulkan perkara-perkara negatif," jelasnya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insidersemalam, berhubung kenyataan Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrissane Chin yang mempertikaikan penganjuran seminar tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment