My Add

Thursday 29 March 2012

Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat mula tugas pantau Kedah

ALOR SETAR 28 Mac - Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang penubuhannya dikritik pelbagai pihak baru-baru ini, memulakan tugas pertamanya bagi memantau pelaksanaan manifesto parti itu di Kedah, Jumaat lalu.

Sumber memberitahu, jawatankuasa itu yang diketuai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman telah menemui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beberapa Exco-Exco kerajaan negeri.

"Ahli-Ahli jawatankuasa itu yang berkunjung ke Kedah secara umumnya menyemak pelaksanaan janji-janji dalam manifesto pilihan raya Pas pada 2008 untuk mengetahui sama ada ia sudah dilaksanakan atau tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi mengatasi krisis kepimpinan Pas Kedah apabila dua Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan dilantik semula menjadi Exco. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment