My Add

Friday 14 September 2012

Bekas Pengarah Veterinar NS diperintah bela diri

RASAH, JUMAAT, 14 September, 2012: Bekas Pengarah Veterinar negeri, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan sejak 2009.

Hakim Datin Nursinah Adzmi memerintahkan demikian terhadap Noor Soeraya, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 29 dan 30 Oktober ini untuk perbicaraan di peringkat pembelaan.

Noor Soeraya didakwa melakukan keempat-empat pertuduhan itu ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment