My Add

Saturday 1 September 2012

150,000 meriahkan Merdeka 55: Janji Ditepati

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos,201: Lebih 150,000 orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati.

Perhimpunan besar-besaran sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara itu merupakan sambutan kedua selepas sambutan rasmi di Dataran Merdeka pada sebelah pagi.

Antara acara yang paling mencuri tumpuan ialah program Tweet Merdeka yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan mengumpul 3.6 juta Tweet dalam sejam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan acara himpunan tersebut dengan 'Jalan Kaki Perpaduan' dengan mengelilingi stadium tersebut dan beramah mesra bersama para hadirin.

Turut sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta barisan kepimpinan negara.

Najib turut meluangkan waktu menyertai program Tweet Up Merdeka bagi menjawab soalan Tweet daripada rakyat.

Perdana Menteri kemudian menyempurnakan penyampaian Anugerah Desa Sejahtera, Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada lapan ikon dan Hadiah Pertandingan Rangka Kerja Abad Ke-21. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment