My Add

Saturday 1 September 2012

Kenaikan semua kos punca harga rumah melonjak

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) hari ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan kenaikan harga rumah di bandar adalah disebabkan manipulasi harga oleh pemain dalam industri tersebut.

Timbalan Presidennya Datuk FD Iskandar FD Mansor berkata, REHDA tidak pernah sesekali pun menentang kuota hartanah yang diperuntukkan kepada pembeli bumiputera, malah sentiasa menyokong dasar-dasar yang ditetapkan kerajaan Persekutuan.

Justeru, katanya, dakwaan yang menyatakan kenaikan harga kediaman tinggi di bandar adalah sebagai usaha untuk mengusir bumiputera ke luar bandar atau kampung adalah satu tuduhan salah.

Sebaliknya, beliau menegaskan lonjakan harga kediaman di bandar berpunca daripada peningkatan berganda harga tanah kerana kawasan yang ada semakin terhad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment