My Add

Saturday 1 September 2012

#merdeka 55 capai 3.6 juta dalam sejam

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Tweet #merdeka55 berjaya mencapai sasaran untuk mengumpul sejuta tweet melalui laman twitter.com apabila mencatat sebanyak 3.6 juta tweet dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam.

Kejayaan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Rais, tweet #merdeka55 telah mencatat rekod baru yang akan dimuatkan di dalam Malaysia Book of Record.

"Kita akan sampaikan sijil rekod berkenaan pada sambutan 16 September nanti di Sarawak," katanya pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Melalui tweet yang dihantar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tweet #merdeka55 dianggarkan ditweet oleh kira-kira 18,000 pelayar twitter dalam masa seminit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment